Halaman

Khamis, 29 Mac 2012

Resepi Roti Jala&Kari Ayam

Assalamualaikum pada semua readers yang sudi membaca entry along kali nie....dah lame rasenye along x masukkan entry baru disebabkan kesibukan melanda...along stdy lg,sebab tu lah agak bizi sket...ok...kali nie along nak post kan resepi senang n sesuai untuk minum pagi atau untuk minum petang..ok along nak share resepi roti jala bersama kari ayam.....kalau betol2 nie,sehingga menjilat kuali...ish3....selamat mencuba....


Bahan Bahan
  • 500g tepung gandum(seeloknya ayak dulu tepung supaya tepung xbeketul mase pukul)
  • 1 biji telur
  • garam dan gula secukup rasa
  • serbuk kunyit(untuk warana sahaja...jgn bnyak sgat sbb nnty adunan jadi xsdap)
  • air secukupnya
Cara-Cara
  • masukkan tepung ayng dah diayak td kedalam mangkuk.
  • pecahkan telur
  • masukkan garam dan gula secukup rasa
  • masukkan serbuk kunyit
  • masukkan air(adunan ni macam nak buat lempeng)
  • kacau sampai adunan nampak likat dan x beketul2
  • rasa adunan tersebut jika perasa terkurang
  • setelah siap,masukkan adunan tadi ke dalam blender dan blendkan hingga adunan td menjadi halus
  • panaskan kuali dan letak sedikit minyak
  • masukkan adunan ke dalam corongnya dan curahkan adunan secara memusing di atas kuali
  • semasa memusing,pastikan corong tidak terlalu tinggi dari kuali
  • pastikan adunan td telah masak sepenuhnya dan lipatkan segi tiga atau gulung sahaja
  • ulangi langkah td hingga habis adunan

Kari Ayam

  • 500g ayam(mana mana bahagian)
  • 2-3 peket kecil rempah kari ayam(kacau dengan air hingga cair)
  • 7-8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 btg serai(diketuk)
  • 1 inci halia(diketuk)
  • sedikt kulit kayu manis dan bunga lawang
  • 3 biji kentang(belah dua dan setiap satu dipotong enam)
  • sebiji kelapa(diparut dan ambil santan)
  • garam dan gula secukup rasa
Cara Cara

  • panaskan minyak masak di dalam periuk
  • tumis kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau
  • masukkan bawang putih dan  bawang merah dan tumis hingga layu
  • masukkan serai dan halia yang diketuk td
  • tumis sekejap dan masukkan rempah kari yg telah dicampur air td kedalam periuk
  • tumis bahan2 td hinggalah semua rempah pecah minyak
  • setelah pecah minyak,masukkan ayam dan kentang yag telah dicuci td kedalam periuk.
  • kacau mesra seketika dan biarkan ayam kecut sekejap(lebih kurang 3 minit cukup)
  • masukkan santan dan kacau hingga kuah mendidih(api jgn terlalu kuat dan jgn berhenti kacau santan atau santan akan pecah minyak) 
  • setelah kuah mendidih masukkan garam dan gula sebagai perasa(jika kuah sedikit,boleh tambah santan atau tambah air biasa dan biarkan mendidih seketika)
  • cucuk kentang dengan pisau untuk memastikan kari sedia untuk dihidangkan
haa...nampak mcm susah sbb resepi agak panjang,tp senang je.....tp ingat...ape2 pon,mulekan dengan bismillah...insyaAllah..berkat dan menjadi...cube ye....